CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 15, 2015

Heroin Kami

Setelah pn wife mengendong kandungan selama 9 bulan, akhirnya keluarlah puteri sulung kami yang diberi nama DHIA KEYSHA RANIA untuk melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih ALLAH S.W.T kerana menghadirkan puteri setelah ENGKAU kurniakan putera sulung kami MUHAMMAD FAYYADH AISY DARWISY. Maka kehidupan kami menjadi sepasang mommy dan daddy juga sepasang putera dan puteri.

Bukan mudah untuk melahirkan seorang anak, lagi-lagi pn wife melahirkan kedua-dua anak kami dengan kaedah keluar dari tingkap sebab masa anak pertama pn wife dah bertarung nyawa 9jam setelah di induced,  masuk air tapi jalan still tak bukak dan akhirnya doctor decide untuk bedah setelah baby semakin lemah. Untuk anak kedua risiko yang sama ditolak tepi dan doctor sarankan bedah juga. Ramai yang kata cuba lah normal, cubalah, nanti anak tak boleh ramai, nanti itu lah, ini lah, tapi kami tak nak ambil risiko. Kesihatan isteri tercinta lebih penting kan sahabat? Terima kasih untuk kakitangan Hospital Putrajaya.

Akhirnya keluarlah seorang bayi perempuan yang dinanti-nanti,

First-first masa si abangnya dapat adik memang macam-macam ragamnya, yelah setelah 3 tahun hidup, hanya dia untuk dibelai dan dimanja dan tiba-tiba datang pulak seseorang yang tidak dikenali bermanja dengan parents dia, mana lah dia tak cemburu kan? Bila adik nak susu, dia pun nak susu, mommy pangku adik, dia tolak suruh pangku dia, bila orang datang melawat adik dia, dia marah, sebab seakan- akan kasih sayang telah dikongsi. Tapi itu lah anak-anak kan sahabat? Kita lah yang perlu banyak bercerita dengan dia, beri penerangan siapa baby tu, kenapa dia ada dengan kita semua. Yakinlah, anak akan faham,

Sekarang ini pulak siapa lagi yang jadi protector pada adik dia kalau bukan si abang yang berbadan besar kan? Jangan ada yang nak ambik atau usik adik dia, mesti dia marah. Kekadang orang datang saja menyakat si abang nak bawak balik adik dia memang dia marah. Kalau daddy dia sendiri pun yang saja kacau adik dia bagi nangis dia akan marah daddy dia, nampak tak sahabat macam mana sifat protector itu wujud dalam diri dia sedangkan pada mulanya dialah yang rasa tergugat dengan kehadiran adik dia?

Apa yang menariknya kad pengenalan darwisy berakhir dengan 0011 manakala keysha 0022 kebetulan ke? Harap-harap anak ketiga 0033 pulak,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...