CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 18, 2010

Gulliver's Travels

nk tgk Gulliver's Travels.. yeshhhh..
sure nk tgk..
sape nk ikot?
sgt best crite nih..
xcaye, layansss trailer dibawah:




video

filem aku masih dara.. nk tgk ke x ye..


org ckp filem nih lebih kurang crite syurga cinta je..
beza nya, yg 2 lelaki yg sesat..
dlm crite nih plak, pmpn yg sesat..
jalan crite hampir sama..
sbb nnt ad hero yg dtg sedarkn dorg utk pulang kepangkal jalan..
same ngn syurga cinta gk..
bezanya watak pmpn yg sedarkan lelaki tersebut..
nk g tgk ke x..
cm lebih kurang je..
nih yg malas, wat la crite len sket..
asyik same je jalan crite..
nnt org nk tgk pn malas..
tp ak tetap g tgk kot..
sbb ad Farid Kamil..
nasib baik amik Farid Kamil jd pelakon..
klu x, mmg malas la nk g tgk.. hehe..


sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.


sumber : Senima Malaysia..

Saturday, December 4, 2010

Lu langsi Lu mati

lama sudah ak xupdate blog..
da bersarang blog ak neyh..
nk cuci jap.. hehe..

nk kongsi cerita ngn korg tentang cerita terbaru yg best..
tajuk dy KONGSI..
dan bakal meletop kat pawagam pada FEB 2011..
crite dari Farid Kamil..
xsilap ak, nih la crite ke2 dr dy..
dlu crite v3 Samseng Jalanan..

ak nih mmg minat sgt kat dy nih..
xpenah miss crite2 dy..
xbest pn tgk gk.. hahahha..
tp keseluruhannye klu FK blakon kompem best..
klu xbest 2 sbb jalan crite dy simple / pelakon len yg spoil.. keh3!!!!!
minat yg terlampau la plak kat FK an2..


Trailer Kongsi.. layannnnnn......


video

Tuesday, October 5, 2010

TA CHI NYONYA HOUSE MALACCA


smlm ak ngn budak umah ak "zila", pegi mam kat satu restoran nyonya..
lokasi MELAKA..
HALAL ok..
ad cop HALAL JAKIM lg..
perrggghhhhh.........
mmg sdap la ..
korg yg baca entry ak nih wajib singgah kday nih taw..
mmg xmenyesal la..
harga dy standard la..
tp bg yg xberkemampuan 2 mesti rasa mahal sket la..
tp sgt2 sedap..
mmg berbaloi2..
ak ad try beberapa menu..
menu 1st adalah cendol gula melaka..
harga RM2.90..
sgt2 sedap..gula melaka dy wat sdr..
ak xpenah mam cendol sesedap 2 la..
siyes ak ckp..
smpy licin cendol 2 xsempat nk snap gmbr..
after that mam plak cheesy omelette..
harga RM5.80..
roti dy,sgt2 lembut..
telur dy,chesse dy,mayo dy..mmg jelas terasa sedapnya la..
pas2 minum plak passionfruit mijitopm..
harga RM6.90..
mak aih..manyak syok ma air dy..
rasa pudina yg menyegarkan..
then mam plak nyonnya mee siam..
harga RM3.90..
berbaloi2..murah dan sedap..
super duper sedap la..
rugi klu tak cuba..
balik umah plak..
kwn ak yg bernama "ejan" tapau laksa lemak..
sedap sgt2,smpy xterkata..
harga RM8.90..
sgt2 sedap la..
suma cukup rasa..
skg ak da try 5 jenis mknan dy..
ak bercita-cita nk try suma mknan yg ad lepas nih..
cm program JJCM plak entry ak this time.. hahahhaha..
tp ap2 pn conclussion nya ak bg 5 bintang..


Friday, September 3, 2010

✿✿ ucapan hari raya utk suma blogger ✿✿


xlama da nk raya..
ad seminggu je lg..
persiapan raya suma da completed..
korg plak cmne?
cm nk post picta baju raya dan suma kelengkapan raya..
tp, nnt xbest la..
post lepas raya je la..hehe..
apa pn, princessfq nk ucapkn selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
nk pantun raya x?
2 kat kad di atas 2 da ad..
baca la ye..
princessfq bwat sendiri je..
selamat hari raya utk suma blogger..
xlupa jgk utk suma family dan yg spesel utk
my cyg fq ♥♥
maaf zahir dan batin..
maap la ye suma warna ijau..
sbb tema raya ktorg taun ni warna ijau..

Saturday, August 14, 2010

salam ramadhan ✿✿ selamat berpuasa



da lama xmenulis kat blog..
da bersarang blog ak nih..heeee..
xnk tulis pnjg2..
sbb jap lg da nk berbuka puasa..
cuma nk ucapkan salam ramadhan kpd suma blogger2
dan seluruh umat Islam..
selamat memunaikan ibadah puasa dgn sempurna..
Amin..


Sunday, June 6, 2010

mantra


Sinopsis:

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

cmne ending dy ye? mesti best..smlm masa g tgk Lagenda Budak Setan ak tgk iklan crite Mantra dan terus tertarik utk g tgk nnt..yeshhh3!!!!!!!

Monday, May 31, 2010

cerita cinta


terima kasih syg ye..
love u so much syg.. ♥♥

It takes two special people,
To make a loving pair..
There’s a joy just being around you,
A feeling I love to share..

I send lovely wishes to you,
For years of joy and pleasure..
May each year keep getting better,
With memories to treasure..

Saturday, May 29, 2010

keburukan shisha "Lu Pikir La Sendiri.."



"Hookah" atau "Shisha" tidak selamat digunakan


Menghisap "hookah" atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu "hookah" bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.

Katanya asap tembakau yang keluar dari balang air "hookah" sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

"Penggunaan "hookah" kini semakin popular dalam negara, terutama di kalangan golongan belia kawasan bandar, dan buat masa ini masih belum ada kajian berhubung penggunaan "hookah" di Malaysia.

"Bagaimanapun, secara amnya, "hookah" dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar," katanya ketika menjawab soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berhubung kesan kesihatan akibat penghisapan "shisha" dengan menggunakan "hookah" dan pemipit.

Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan "hookah" adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna "hookah" pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa lima hingga tujuh minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.
Menurutnya penghisap "hookah" pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.

Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .-4/7/2005

Thursday, May 20, 2010

start reading "Lagenda Budak Setan"


smlm ak pat novel "Lagenda Budak Setan.."
my cyg yg belikn..
aku bru start baca..
sgt best..
ak shuke syangat3!!!!!!
sbb my cyg dptkn novel yg ak nk sgt baca..
novel yg sgt popular diawal 90an ni mmg membuatkn ak tertarik utk bc..
dan ternyata novel ni sgt best walaupn ak bru bc sket..
i will give my feed back lg pas abis bc nnt..
terima kasih berjuta2 lemon credit 2 my cyg..
syg..love u so much.. ♥♥

Sunday, May 9, 2010

✿✿ happy mothers day ✿✿


today 09 mei 2010..
i would like 2 wish "happy mothers day"
2 all ibu2 kat malaysia..
especially 2 my mum and my future mother in law..
mangun pg2 da col my mum and wish "happy mothers day"
mak ak ckp ak org pertama wish kat dy..
shuke3!!!!!!!
pas2 borak2 sakan la an an..
pas2 trus col my future mother in law plak..
wish " selamat hari ibu"
pas2 borak2 la jap..
shuke syangat3!!!!!!
love u all much2 poreber!!!!!!!!
muah!!!!! muah!!!!!

Thursday, May 6, 2010

lagenda budak setan



Ahadiat Akashah..
tentunya korg yg sebaya ngn ak xtau pasal penulis novel ini sbb dy popular diawal 90an..
tp org ckp baca novel dy klu xkuar air mata mmg xsah la..btl ke?
ak cm terpanggil plak nk beli novel ni..tp ad lg ke?
yang plg bestnya..
salah satu novel Ahadiat Akashah, akan diadaptasi ke layar perak (filem)..
Filem Lagenda Budak Setan akan ditayang pada 03 june 2010..
Barisan Pelakon : Farid Kamil, Lisa Suriati, Que Haidar, Raja Farah, Fazura.

Sinopsis(diambil dariSinema Malaysia):

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak....

nk tau kesudahan nya? jom la kte same2 tgk kat pawagam nnt..
jgn lupa 03 JUNE 2010..




video

Sunday, April 25, 2010

the losers mmg best


synopsis:

Director Sylvain White adapts the Vertigo comic about a team of mercenaries who wage war on
the CIA after they're double-crossed in the field and left to die. Clay (Jeffrey Dean Morgan), Jensen (Chris Evans), Roque (Idris Elba), Pooch (Columbus Short), and Cougar (Óscar Jaenada) were on a black-ops mission in the Bolivian jungle when rogue CIA agent Max (Jason Patric) hung them out to dry. After beating the odds and surviving their ordeal, the team decides to strike back against Max even if it means sacrificing their own lives to do so. Aiding them on their treacherous suicide mission is sexy operative Aisha (Zoe Saldana), who has her own reasons for wanting to see Max get his just deserts. But getting to Max won't be easy, because in addition to having the CIA on his side, he's about to spark a war that could plunge the entire globe into chaos. Their time quickly running out as Max's plan kicks into overdrive, the Special Forces unit that everyone assumed dead arms themselves to the teeth and prepares to strike back with a vengeance. ~ Jason Buchanan, All Movie Guide

The long-awaited big-screen adaptation of the graphic novel of the same name follows a former Special Forces team in the 90s, 'The Losers'. Betrayed by their handler, Max, and left for dead following the conclusion of their operation the team are intent on revenge.

Eager for the opportunity to remove their names from a secret CIA death list, the Losers regroup and conduct covert operations against the CIA and its interests, uncovering startling operations spearheaded by the enigmatic Max, whose influence within the CIA and US government is unparalleled.


ak bg 4 setengah bintang..

Sunday, April 11, 2010

adamaya



Terbaru di slot Akasia, sebuah drama komedi romantik pasti mencuit hati penonton dengan gandingan mantap Lisa Surihani dan Hussein Ruffedge.
'Adamaya' telah bersiaran mulai 6 April lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Drama bersiri 23-episod ini yang diinspirasikan daripada
filem popular 'I’m Not Single'
turut membariskan para pelakon handalan lain
seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal,
Hafizudin, Hamidah Wahab dan Puteri Mardiana.

'Adamaya', terbitan MIG Production Sdn Bhd, merupakan hasil nukilan
Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip.

Perkahwinan adalah satu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang berlaku pada Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa).
Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi.
Maya ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya
kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun.
Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka.
Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal)
tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.

Walaupun tiada perasaan cinta,
Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak.
Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan apabila Maya digoda kembali oleh Dani.

Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?



dipetik dr: www.gua.com.my

Wednesday, April 7, 2010

kem motivasi tahap II




abseilling neyh sentiasa dlm ingatan..


sabtu lepas 03hb 04 2010 bermula la detik menyakitkn terpaksa ak lalui..
3hr kna tahan dilanyak kat kem 2..
fuhh..xnk ak pg lg nnt..
ok ak nk crite dr 1st day ak smpy sana..

smpy sn dlm kul 10 pg..da smpy 2 task pertama LDK je..
bg nama kump,wat logo kat bendera,siapkn kertas mahjong..
nm group ak "Hang Tuah"
ktorg pilih hang tuah sbb melambang kan kuat,berani dan setia..
group ak Sanam, Eday, Amer, Black, Nurul, Salwa, Ameera..
pas2 ptg plak ktorg kna wat aktiviti abseiling, flying fox, spider web, dan confidance bar..
kejadian yg xtak di ingini berlaku bila ak pengsan kat at staging kat abseiling 2..
mmg keadaan yg amat kritikal dan bahaya la..
staging mn leh tampung rmay org..
nasib bek jugak ak pengsan 2 jatuh ke depan..
klu ke belakang?
xke tergantung ak?
ak mmg xpuas ati la..
sbb ak da ckp kat En Hafiz..
ak xleh wat..
tp dy paksa jugak..
dan at last ak pengsan..
puas la ati kn..
ak ni mmg gayat ngn tempat tinggi..
pas2 Cik Shasha angkat ak dr staging 2..
thanks Cik Shasha..
pas da sedar 2 ak kna g wat aktiviti seterusnya..
Flying Fox..
klu flying fox ak leh terima..
tp time 2 ak ngah pening lg..
dorg paksa gk ak wat..
2 satu..
mintak ubat..
dr pengsan smpy balik..
xjugak bg2..
ak bleh sifatkn mmg dorg neyh kejam nk mampos..
ak pn penah g kem terok2 sblm neyh..
tp klu mintk ubat 2 bg je..
xpyh mintak pn bg la..
xtau la nk ckp pe kn..
pas2 spider web ngn confidance bar xsempat men sbb ujan..
ktorg pn blk bilik..leh la rehat jap..
pas 2 malam plak kna pg "ice breaking"
pas abis je sesi memecahkn ais 2 ktorg pg plak masuk hutan..
ktorg dipecahkan kpd 4 org satu group..
masuk utan 2 ktorg xdibekalkn ap2 pn..
gelap gelita xterkira..
jalan pn berpandu kat tali kat pokok je..
da smpy kat bawah 2 ktorg pn mkn dan balik bilik tido..

2nd day plak..
ktorg mmg kna kaw2 punya..
pg senam pg dlu..
pas2 men game keretapi gila..
pas men 2 suma pn da gler2 g la makan..
pas makan ktorg kna wat rakit dan berakit kat laut 2 utk dpt kn bendera..
then patah balik ke pntai..
team ak menang time 2..
da 2 kna bukak rakit balik dan simpan..
amik masa yg lama gk la..
xpasal2 plak kna denda..
ketuk ketampi xtau la brape puluh kali..
sbb dy nk 10kali serentak..
selagi xserentak,
selagi2 la kna wat..
cian kat kawan ak Ziedie dan Fir sbb dorg mengalami crem perut..
pas 2 ktorg ad task lg..
Explorace!!!!!!
kerja gler yg ak kna wat ialah xleh pkay kasut ye..
adush!!!!! saket xterkira la kaki neyh..
suma men pijak je la..nk kejar masa kn..
nasib bek xterpijak kaca..terpijak duri je..
2pn da saket xterkira..
tp nasib bek group ak menang Explorace 2..
berbaloi2!!!!!!!!
ptg plak ktorg ad kelas bantuan kecemasan, survival dan kompas..
petang masuk utan lg..berpandukn kompas..
kna denda pipi ke tanah pn ade..2 kira ok lg la..
yg plg xleh trima kna rendam dlm lumpur..
oh no!!!!!!!!
xde denda len ke?
ktorg kna rendam dlm lumpur yg pekat likat 2..
xcukup ngn 2 kna selam muka dlm lumpur 2..
bau dy..perghh!!!!!!!
3kali mandi bru hilang..
mmg cukup kejam la..
ak xpenah lg g kem cmni..
yg plg ak xpuas ati..
dan rasa nk betah ngn jurulatih 2..tp takut dy denda lg..xde la ak ckp..
klu dy baca blog ak neyh mmg bgus sgt la..
dy ckp pe taw..lebih kurg cmni la meaning dy..
" nk tau x nape sy buat suma ni..utk kebaikan awk suma gk..xnampak ke negara kita skg ni blaku mcm2 jenayah,kes rogol,rompak,bunuh,dll..sy nk bentuk jatidiri korg supaya jd org berguna."
btl la 2..mmg btl ap yg dy ckp..
tp ak xpuas ati nye KENAPA TIME ASAR 2 XBG KTORG REHAT UTK SOLAT ASAR?
KENAPA?
KENAPA PENTING KN DUNIA JE?
YG WAJIB XCUKUP?
ak pn bukan la bek sgt..tp ckp nk bentuk jatidiri kn..
patutnya dorg kna la bg rehat utk g solat..
pas kna lanyak dlm lumpur 2 ktorg dibenarkn utk bersihkn diri dan siap2 utk aktiviti malam plak..
malam ktorg ad perbentangan dan persembahan..
then balik tdo..

hr last kat sana..xsabar2 nk balik..
tp still ad aktiviti lg..
pg pas senaman ktorg kna wat aktiviti laluan berhalangan..
pas laluan berhalangan 2 ktorg masuk utan..
blaja wat jerat..
pas2 kna wat jerat..
abis je wat jerat ktorg masuk utan lg kna cr tag berpandukan kompas..
dan ktorg kna back bearing blk utk blk ketempat asal..
dan itu la aktiviti last ktorg..
yeah!!!!!!!! yeah!!!!!!!
xsabar nk balik..
kuar je dr utan 2 da nmpk da syg ak menunggu kat tepi rimba 2 ye..
tp syg nye ak xleh blk lg..ad majlis penutup kul 2..
cian nye dy kna tggu ak lama..
tp nk wat cmne..
bkn slh ak..
sbb ak tnye ckp blk kul 12..
nk bg berita terkini pn xleh sbb xleh bawak anset..
terpaksa la syg ak tggu..
abis majlis penutup dlm kul 3.30..
terus blk ngn syg ak yg da lama tggu..


Tuesday, March 30, 2010

convocation day



27 march 2010..
hr konvokesyen ak kat PMM..
bru pat Diploma..
nk kna smbg degree plak..
sementara 2 nk cr keje gk..
nk keje ap la kn?
susah gk klu pmpn amik kos Kejuruteraan Elektrik..
market keje lebih pd lelaki..
nk mintak GSTT pn cm susah je skg..
tp nk cuba gk la..
cmne ek?
ad sesape leh bantu?

Monday, March 15, 2010

xsabo nk tggu "semerah cinta stilleto" kuar neyh!!!!!! ~_0







"Semerah Cinta Stilleto" mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan "stilleto"nya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?


tggukn kemunculannya..tp an an,ak rasa crite neyh average je kot..pas ak baca sinopsis neyh ak dpt rasakn yg crite neyh biasa2 je..~_0

ape pn support la industri filem melayu and ak mmg kna tgk crite nyeh sbb cyg ak minat gler kat farid kamil..ngeh3!!!!!!!

Monday, March 1, 2010

UNIT PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI PMM (Lampiran ini dibaca bersama dengan surat panggilan ke konvokesyen)





• Tahniah kepada semua bakal graduan PMM yang akan
dianugerahkan sijil dan diploma pada konvokesyen PMM ke-6.

• Semua bakal graduan PMM samada yang menghadiri atau tidak
menghadiri majlis konvokesyen PMM ke-6, diwajibkan mengisi
borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA 2010 secara on-line
di laman web
http://graduat.mohe.gov.my atas arahan Kemeterian
Pengajian Tinggi(KPT).

• Sistem Kajian Pengesanan Graduat (SKPG) ini akan dibuka dari
27 Febuari 2010 hingga 9 April 2010. Saudara / i dikehendaki
mencetak Slip Kajian Pengesanan(seperti dalam Rajah 1) dan perlu
dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen.

• Setiap bakal graduan adalah diwajibkan mengisi borang soal selidik
ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PMM,
http://www.pmm.edu.my. Pertanyaan berkenaan sistem KPG ini, sila
email ke alif_albakriabdullah@yahoo.com.

• Segala Kerjasama serta maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
UNIT PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI
PMM
(Lampiran ini dibaca bersama dengan surat panggilan ke konvokesyen)
Rajah 1: slip Kajian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...