CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 4, 2009

reNungAn bUat teMAn




Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)


Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…
tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..
tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..
himpunkanlah peritmu di genggaman doa..
tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…
dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..


Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…
bintang dengan kelip-kelipnya..
matahari dengan sinarnya..
tata suria dengan susunannya..
bulan dengan cahayanya..
angkasa dengan pelanginya..
setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..
biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..
terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..
semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..


Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..
jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…
Usah gusar dugaan di hadapan..
andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..


wahai teman-teman ku semua,
ingatlah 5 perkara sebelum datang lima perkara..
berpegang teguh la kamu pada rukun ISLAM dan rukun IMAN..
jadikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai panduan hidup..
percayalah pada ALLAH yg satu..
disana Syurga menanti..
InsyaALLAH..
Amin..

1 comments:

fq said...

ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara....

"sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...