CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 11, 2010

adamaya



Terbaru di slot Akasia, sebuah drama komedi romantik pasti mencuit hati penonton dengan gandingan mantap Lisa Surihani dan Hussein Ruffedge.
'Adamaya' telah bersiaran mulai 6 April lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Drama bersiri 23-episod ini yang diinspirasikan daripada
filem popular 'I’m Not Single'
turut membariskan para pelakon handalan lain
seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal,
Hafizudin, Hamidah Wahab dan Puteri Mardiana.

'Adamaya', terbitan MIG Production Sdn Bhd, merupakan hasil nukilan
Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip.

Perkahwinan adalah satu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang berlaku pada Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa).
Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi.
Maya ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya
kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun.
Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka.
Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal)
tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.

Walaupun tiada perasaan cinta,
Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak.
Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan apabila Maya digoda kembali oleh Dani.

Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?



dipetik dr: www.gua.com.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...