CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 14, 2009

=cinta=itu=indah=

Cinta Itu Indah??
Cinta
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat..
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita??
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..
Itulah namanya Cinta..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup..
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan..
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati..
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan..
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia tiada lagi,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya..
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah..
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari..
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu..
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi..
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya..
Pada saat itu,
tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya..
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati..
percintaan lebih pahit dari hempedu..
Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu
berhati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu..
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya..
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam..
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa..
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan..
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan..
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing..
Cinta adalah keabadian..
dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami..
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar..
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan..
Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati
dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin..
Inilah dasyatnya cinta!!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan..
Jika tidak,
kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya..
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta..
namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya..
Bercinta memang mudah..
Untuk dicintai juga memang mudah..
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh..
Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir..
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran..
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya..
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat..
Apa pun cinta itu buta..
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu..
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni,
luhur dan diperlukan..
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan..

Saturday, April 11, 2009

punca hati xbahagia



Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah

2.Pendendam

3.Hasad dengki
4.Bakhil

5.Tamak
6.Tidak sabar

7.Ego
8.Riak

9.Cinta dunia

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. .
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia didunia dan akhirat.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain..**


**Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA..**

Friday, April 10, 2009

b.u.n.g.a




Bunga sering kali dihadiahkan oleh orang yg istimewa kepada yang teristimewa atau rakan, keluarga atau saudara mara dan boleh dikatakan bunga menjadi pilihan oleh kebanyakan orang dalam banyak situasi seperti ingin meluahkan isi hati atau sebagai tanda ucapan semoga cepat sembuh..
Adakah kamu tahu apa makna di sebalik tiap jenis bunga ini? Rasanya tentu tak semua kan? Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja......alahai kesiannya!! Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'.. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri..
ERTI ROS.. Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan.. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta.. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros.. Lebih cepat cair jadinya!!
Selain bunga ros, bunga-bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri.. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenal pasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih.. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu..

ROS KUNING adalah simbol kesetiaan dan kekuatan diri seseorang..

ROS PUTIH adalah simbol cinta sejati dan kekuasaan..

ROS MERAH boleh mengungkapkan pelbagai perasaan cinta..

BUNGA CARNATION, Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih.. Ia dikatakan mampu membantu mengelakkan perasaan sedih menimpa seseorang..

BUNGA CAMELIA, Ia dapat memanggil semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya..

BUNGA KEKWA, Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta..

BUNGA DAISY, Ia mampu meningkatkan daya seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara..

BUNGA IRIS, Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu..

BUNGA ORKID, Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup..

BUNGA JASMIN, mendorong ke arah percintaan dan kekayaan..

BUNGA MATAHARI, Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya..

BUNGA TULIP, Ia membawa rasa cinta dan tuah..

BUNGA IVY, Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada seseorang..

BUNGA VIOLET, Ia meningkatkan daya imaginasi seseorang..

Pandai-pandailah kamu memilih mana satu bunga yang mewakili perasaan kamu supaya ia akan membuatkan hadiah kamu ini lebih bermakna buat si dia dan diri kamu!!

Thursday, April 9, 2009

p-a-k p-a-n-d-i-r





CERITA PAK PANDIR
cerita 1

PADA SUATU HARI PAK PANDIR MEMBELI BEBERAPA EKOR IKAN KELI DI PASAR BORONG DI PEKAN..APABILA PULANG KERUMAHDIA MENYURUH MAK ANDIH MENYIANG IKAN TERSEBUT. .KETIKASEDANG MENYIANG......

MAK ANDIH: OI BAPAKNYA!MACAM MANA NAK SIANG IKAN NI?HIDUP LAGI NI..
PAK PANDIR:APA YANG SUSAHNYA TU MAK ANDIH?
MAK ANDIH:NAK KETUK KEPALA IKAN SADIS PULAK..
PAK PANDIR:TU PUN NAK DIKECOHKAN..MAKNYA RENDAM SAJA IKAN TU DALAM AIR..KASI LEMAS IKAN TU..SEKEJAP LAGI MAMPOS LA TU..
MAK ANDIH:???

cerita 2

1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang ke rumah dia.. Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir..
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe..
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami..
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan..dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir..

cerita 3

alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era..walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..
dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..
kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..
masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambiktempat..
sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..
sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes class.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes class hari tu..
dengan budi bahasa pramugari tu tegur..
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pakcik pindah duduk dibelakang.."
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."
*mana tak selesanya.. bisnes class.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara(kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..
pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..
dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..
pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
"pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir bagi tiket..
"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""ye nak..."
"tapi pak cik.. kerusi ni pi johor bahru pakcik..kerusi belakang baru pi KL!"
"ye ke nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

ayah dan anak




Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun..
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..

Anak: Ayah..ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?Si ayah mula menengking..

Anak: Amin saja nak tahu ayah.. Tolongla beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya..

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..

Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya..

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cariduit, kamu senang-senang nak membazir ya..Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan diakembali ke biliknya..

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini..Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya..Didapati anaknya masih belum tidur..

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah..Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang..

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkansekeping note 10ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal..

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.."Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya..Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu..Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi..

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni..Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu..Amin nak ayah balik kerja awal esok.. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..

The moral of this story...Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..
yang penting skali, share lah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada dihati kita..Fikirlah..selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?untuk insan yang kita sayang??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...