CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 10, 2009

b.u.n.g.a




Bunga sering kali dihadiahkan oleh orang yg istimewa kepada yang teristimewa atau rakan, keluarga atau saudara mara dan boleh dikatakan bunga menjadi pilihan oleh kebanyakan orang dalam banyak situasi seperti ingin meluahkan isi hati atau sebagai tanda ucapan semoga cepat sembuh..
Adakah kamu tahu apa makna di sebalik tiap jenis bunga ini? Rasanya tentu tak semua kan? Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja......alahai kesiannya!! Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'.. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri..
ERTI ROS.. Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan.. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta.. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros.. Lebih cepat cair jadinya!!
Selain bunga ros, bunga-bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri.. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenal pasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih.. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu..

ROS KUNING adalah simbol kesetiaan dan kekuatan diri seseorang..

ROS PUTIH adalah simbol cinta sejati dan kekuasaan..

ROS MERAH boleh mengungkapkan pelbagai perasaan cinta..

BUNGA CARNATION, Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih.. Ia dikatakan mampu membantu mengelakkan perasaan sedih menimpa seseorang..

BUNGA CAMELIA, Ia dapat memanggil semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya..

BUNGA KEKWA, Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta..

BUNGA DAISY, Ia mampu meningkatkan daya seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara..

BUNGA IRIS, Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu..

BUNGA ORKID, Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup..

BUNGA JASMIN, mendorong ke arah percintaan dan kekayaan..

BUNGA MATAHARI, Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya..

BUNGA TULIP, Ia membawa rasa cinta dan tuah..

BUNGA IVY, Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada seseorang..

BUNGA VIOLET, Ia meningkatkan daya imaginasi seseorang..

Pandai-pandailah kamu memilih mana satu bunga yang mewakili perasaan kamu supaya ia akan membuatkan hadiah kamu ini lebih bermakna buat si dia dan diri kamu!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...