Menghaluskan Kulit
- Buah tomato dikisar halus..
- Lumurkan pada muka seberapa ketika..
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan..
- Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam..
- Amalkan selalu..
Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit..
Melentikkan Bulu Mata
- Ambil daun lidah buaya..
- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata..
- Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik, Kulit Cerah dan Licin..
- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua..
- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan..
- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum..
Rambut Lebat
-Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih..
-Selawat 3 kali..
-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut..
Mengempiskan Perut (1)
- Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih..
- Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam..
Mengempiskan Perut (2)
- Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas..
- Embunkan semalaman..
- Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil..
Mengelak perut buncit
-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air..
-Minum air setelah selesai makan..
-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam..
- 3 jam kemudiannya..
-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit..
Menyegarkan Mata
- Ambil timun yg telah dihiris..
- Lekapkan pada kelopak mata..
- Pejamkan mata utk berapa ketika..
- Anda akan berasa kesegarannya selepas itu..
Mengelak Rambut Gugur
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya..
- Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur..
- Perap ramuan di atas kepala selama sejam..
- Lakukan 2 kali seminggu..
- InsyaAllah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi..
Sihat Tubuh Badan
-Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan..
-Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun)..
-Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun..
Melangsingkan Tubuh
- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.. Parutan itu, campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati..
- Minum dua kali sehari..
-Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal..
Menghilangkan Parut di Kulit
- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat..
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air..
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk..
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut..
- Lakukan sekerap yg mungkin..
- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang..
- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah..
Menghilangkan bau ketiak
-Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut..
-Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak..
Menghilangkan Kelemumur
- Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala..
- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam..
- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala..
- Basuh dgn air suam..
- Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala..
Rambut Gugur
- Rendamkan kacang hijau semalaman..
- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2..
- Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh..
- Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah..
Menghilang ketumbit mata
- Gesel 2 batang sudu..
- Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit..
- Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang..
Menurunkan Berat Badan (1)
-Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air..
- Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis..
-Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur..
Menurunkan berat badan (2)
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari..
-Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk..
Masukkan ke dalam peti ais..
-Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam..
Awet Muda (1)
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat..
- Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur..
Awet Muda (2)
- Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini..
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali..
- Amalkan setiap hari urutan ini..
Mudah Bangun Pagi
- Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.
- Niat dalam hati utk bangun pagi
- Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya..
Menghilangkan Jerawat
- Campur bedak sejuk dan asam jawa..
- Selawat pada Nabi 3 kali..
- Sapukan di muka dan di tempat jerawat..
- InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang..
Meluruskan rambut Kerinting
- Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja..
- Campurkan dgn air limau nipis..
- Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim..
- Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya..
- Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih..
- Lakukan 3 kali seminggu..
- Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit..
Memerahkan bibir
- Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur..
- Amalkan selalu..
InsyaAllah bibir anda akan merah seperti memakai gincu..
Memutih dan mengilatkan gigi
- Ambil beberapa helai daun kelapa kering..
- Bakar hingga jadi abu..
- Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut..
- Lakukan berulang kali dan insyaAllah gigi anda putih berkilat..
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
- Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam..
- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam..
- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula..
Menguatkan Gigi
- Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika..
- Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali..
- Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga..
- Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka..
Menghilangkan Lebam Mata
- Teh uncang yg telah digunakan jangan buang..
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman..
- Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur..
1 comments:
patut ler ;p
Post a Comment