CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 24, 2010

xsabar nk tggu filem ni kuar..



Sinopsis:

REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa? Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.


Suspen la plak kn..nk tgk la ap terjadi seterusnya..


2 comments:

fq said...

baca sinpsis cte ni nmpk cam lg bes je syggg...
spe la yg ckp cte ni sama ngn adnan sempit...
nth2 sume 2 publsti je kn?
nnt kte g tngk ye syggg...

cintafqs said...

ye syg..cm xsama je..
nnt kte tgk syg..wajib tonton..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...