Lama betul tak mengupdate kat blog dan nampaknye besawang+berkulat habis dah nie. Last update pun awal tahun 2012 and now 2015....!
Rasanya bermula dari cerita kami bercinta, bertunang je dulu smpailah sekarang cerita kami berkahwin dan dah ada anak sorng pun baru terfikir nak update, jika dulu puan wife yg update sekarang izinkan en asben pulak take over okeh...!
Kisah cinta kami bermula pada tahun 2009 iaitu tahun pertama pn wife mendaftar sebagai pelajar integrasi di Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Pada sapa yang tak tau integrasi tu mcm mana, ia bermksud pelajar dari sijil politeknik yang dapat keputsan cemerlang dan boleh sambung terus ke diploma tanpa tunggu konvo selesai. Pengajian hanya tambah lagi 1 tahun. Bagus kan Politeknik? Ok sambung cerita tahun 2009, diizinkan Allah pn wife pun ditempatkan di dalam class aku. Pada masa tu memang kewujudan dia tak diperasan pun sebab dia duduk di belakang, maklum lah budak baru kan. Aku plak lambat ke class pada hari tu, sampai terus duduk mana lah nak perasan.
Cerita ada awek cun baru masuk class memang dah bergema di kalangan kawan yg lain. Ramai lah yang cuba usha dia tapi tak termasuk aku sebab tak terasa nak usha mungkin, dan malas nak bersaing dengan yg lain tengah usha dia. Pn wife nampaknya bukan lah jenis yang melayan lelki yg sibok usha dia dan dia pun bagi tau dia dah bertunang, maka ramailah lelaki tadi kecewa dan tidak termasuk aku sebab aku usha dia. Heheheheh. Bila dah dikatakan jodoh itu lah jodoh, jauh dan jarak macamna pun ia tetap akan datang pada kita. Ditakdirkan lagi dia rapat dengan abg mael housemate aku sebab banyak group dan asgmnt dengan abg mael sebab tu mereka lebih rapat. Malam kami berjumpa secara dekat buat pertama kalinya adalah pada malam nak ke class MUET. Budak baru, mana nak tau flow-flow kat tempat baru kan? Jadi dia nak tumpang abg mael ke class sedangkan kereta ialah kereta aku, dia ingatkan kereta yg dia naik adalah kereta abg mael tapi aku yang bawak. It's ok, sebab itulah titik pertemuan pertama secara rapat. Dari situ lah mula bertegur sapa, dan dari situ kami mula rapat dan akhirnya bercinta.
Macamna dia boleh jatuh hati dengan aku tak tau lah sedang kan yg usha dia sebelum ni bukan calang-calang lelki, masing-masing ada kelbihan sendiri, itu lah dinamkan JODOH.
Habis pasal throwback,
Sekarang kami dah pun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 7/12/12 dan kami namakan anak cinta made in KRABI kami dengan nama MUHAMMAD FAYYADH AISY DARWISY. Punyalah lama kami tk update sehinggakan sekarang umur Darwisy dah pun 2 tahun 3bulan beserta seorang lagi didalam perut pn wife yang dah berusia 2bulan. Nampak tak berapa lamanye tak update? Sekarang inilah keluarga dan kisah cinta kami, cinta yang datang bukan semuanya dirancang dan jika dah jodoh pasti berkekalan.
0 comments:
Post a Comment