CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 24, 2015

Orang Mengidam

Sekarang kami berada di rumah satu-satunya kakak dan sibling pn wife yang menetap di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Dah jadi kebiasaan kalau balik ke sini pasti kami akan berjalan-jalan, maklum lah en asben pun bila kahwin baru selalu ke Johor.

Kami ambil kesempatan pada musim raya cina kerana cuti panjang. Pn wife ni pulak asyik nak mengidam macam-macam je sejak mengandung ni. Dalam perjalanan dia dah list kan antara menu pilihan yang dia mengidam ialah ais krim pasu di pandan, murtabak cheese kat mana ntah, burasak di pontian sahaja yg senang dapat dan kat jb tak jumpa, menu wajib plak setiap kali balik en asben akan ajak makan ABC kat depan pejabat pos Majidee.

Burasak dah dapat makan, ais krim pasu dah makan, tinggal yg lain tu belum berkesempatan lagi. Burasak ni boleh dikatakan makanan tradisi orang bugis, kalau nak kenal burasak ia macam makan ketupat tapi ada santan. Rasanya memang sedap dan lemak. Burasak ni biasanya di makan dengan asam pedas bugis atau rendang bugis. Sebab apa ada perkataan bugis di setiap tu sebab rasanya lain tak sama macam rendang dan asam pedas lain. Rasa dulu baru tau. Burasak ni dia bungkus dalam daun pisang besar dan dalamnya ada kepingan burasak yg dibungkus seperti bungkusan tempe. Harga RM16 untuk 10keping burasak dan lauk tambah lagi RM4.

Ais krim pasu pulak pada saya tak lah sesedap mana, cuma ianya unik kerana dalam pasu. Bila jadi viral orang mula lah cari. Dengan harganya RM6 untuk 1 pasu, cuba di rumah kita beli aiskrim wall's dengan harga RM8++ berapa pasu dah kita boleh dapat. Bukan setakat dalam pasu, nak makan dalam lesung boleh, dalam mentol lampu boleh, dalam mangkuk tandas pon boleh kalau nak. Cuma bila makan di kedai tu lain lah feel dia sebab benda dah viral kan, ramai lah nak cuba. Saya membayangkan pasu tu ialah wafel boleh dimakan sekali mungkin lah sedap. Tapi rupanya memang pasu betul, nak gigit liat sangat. Lokasinya terletak di pasar pandan lama dan kedainya di kawasan food court pandan berdepan dengan pentas utama dan pejabat pengurusan uptown.

Sekarang misi untuk murtabak cheese yang katanya sedap sangat tu dan apa lagi ntah pn wife mengidam nak makan kat sini kena lah cari dulu sebelum kami balik ke Putrajaya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...