CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 15, 2015

Heroin Kami

Setelah pn wife mengendong kandungan selama 9 bulan, akhirnya keluarlah puteri sulung kami yang diberi nama DHIA KEYSHA RANIA untuk melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih ALLAH S.W.T kerana menghadirkan puteri setelah ENGKAU kurniakan putera sulung kami MUHAMMAD FAYYADH AISY DARWISY. Maka kehidupan kami menjadi sepasang mommy dan daddy juga sepasang putera dan puteri.

Bukan mudah untuk melahirkan seorang anak, lagi-lagi pn wife melahirkan kedua-dua anak kami dengan kaedah keluar dari tingkap sebab masa anak pertama pn wife dah bertarung nyawa 9jam setelah di induced,  masuk air tapi jalan still tak bukak dan akhirnya doctor decide untuk bedah setelah baby semakin lemah. Untuk anak kedua risiko yang sama ditolak tepi dan doctor sarankan bedah juga. Ramai yang kata cuba lah normal, cubalah, nanti anak tak boleh ramai, nanti itu lah, ini lah, tapi kami tak nak ambil risiko. Kesihatan isteri tercinta lebih penting kan sahabat? Terima kasih untuk kakitangan Hospital Putrajaya.

Akhirnya keluarlah seorang bayi perempuan yang dinanti-nanti,

First-first masa si abangnya dapat adik memang macam-macam ragamnya, yelah setelah 3 tahun hidup, hanya dia untuk dibelai dan dimanja dan tiba-tiba datang pulak seseorang yang tidak dikenali bermanja dengan parents dia, mana lah dia tak cemburu kan? Bila adik nak susu, dia pun nak susu, mommy pangku adik, dia tolak suruh pangku dia, bila orang datang melawat adik dia, dia marah, sebab seakan- akan kasih sayang telah dikongsi. Tapi itu lah anak-anak kan sahabat? Kita lah yang perlu banyak bercerita dengan dia, beri penerangan siapa baby tu, kenapa dia ada dengan kita semua. Yakinlah, anak akan faham,

Sekarang ini pulak siapa lagi yang jadi protector pada adik dia kalau bukan si abang yang berbadan besar kan? Jangan ada yang nak ambik atau usik adik dia, mesti dia marah. Kekadang orang datang saja menyakat si abang nak bawak balik adik dia memang dia marah. Kalau daddy dia sendiri pun yang saja kacau adik dia bagi nangis dia akan marah daddy dia, nampak tak sahabat macam mana sifat protector itu wujud dalam diri dia sedangkan pada mulanya dialah yang rasa tergugat dengan kehadiran adik dia?

Apa yang menariknya kad pengenalan darwisy berakhir dengan 0011 manakala keysha 0022 kebetulan ke? Harap-harap anak ketiga 0033 pulak,

Tuesday, February 24, 2015

Orang Mengidam

Sekarang kami berada di rumah satu-satunya kakak dan sibling pn wife yang menetap di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Dah jadi kebiasaan kalau balik ke sini pasti kami akan berjalan-jalan, maklum lah en asben pun bila kahwin baru selalu ke Johor.

Kami ambil kesempatan pada musim raya cina kerana cuti panjang. Pn wife ni pulak asyik nak mengidam macam-macam je sejak mengandung ni. Dalam perjalanan dia dah list kan antara menu pilihan yang dia mengidam ialah ais krim pasu di pandan, murtabak cheese kat mana ntah, burasak di pontian sahaja yg senang dapat dan kat jb tak jumpa, menu wajib plak setiap kali balik en asben akan ajak makan ABC kat depan pejabat pos Majidee.

Burasak dah dapat makan, ais krim pasu dah makan, tinggal yg lain tu belum berkesempatan lagi. Burasak ni boleh dikatakan makanan tradisi orang bugis, kalau nak kenal burasak ia macam makan ketupat tapi ada santan. Rasanya memang sedap dan lemak. Burasak ni biasanya di makan dengan asam pedas bugis atau rendang bugis. Sebab apa ada perkataan bugis di setiap tu sebab rasanya lain tak sama macam rendang dan asam pedas lain. Rasa dulu baru tau. Burasak ni dia bungkus dalam daun pisang besar dan dalamnya ada kepingan burasak yg dibungkus seperti bungkusan tempe. Harga RM16 untuk 10keping burasak dan lauk tambah lagi RM4.

Ais krim pasu pulak pada saya tak lah sesedap mana, cuma ianya unik kerana dalam pasu. Bila jadi viral orang mula lah cari. Dengan harganya RM6 untuk 1 pasu, cuba di rumah kita beli aiskrim wall's dengan harga RM8++ berapa pasu dah kita boleh dapat. Bukan setakat dalam pasu, nak makan dalam lesung boleh, dalam mentol lampu boleh, dalam mangkuk tandas pon boleh kalau nak. Cuma bila makan di kedai tu lain lah feel dia sebab benda dah viral kan, ramai lah nak cuba. Saya membayangkan pasu tu ialah wafel boleh dimakan sekali mungkin lah sedap. Tapi rupanya memang pasu betul, nak gigit liat sangat. Lokasinya terletak di pasar pandan lama dan kedainya di kawasan food court pandan berdepan dengan pentas utama dan pejabat pengurusan uptown.

Sekarang misi untuk murtabak cheese yang katanya sedap sangat tu dan apa lagi ntah pn wife mengidam nak makan kat sini kena lah cari dulu sebelum kami balik ke Putrajaya.

Monday, February 23, 2015

Kisah cinta dari blog bersawang.

Lama betul tak mengupdate kat blog dan nampaknye besawang+berkulat habis dah nie. Last update pun awal tahun 2012 and now 2015....!

Rasanya bermula dari cerita kami bercinta, bertunang je dulu smpailah sekarang cerita kami berkahwin dan dah ada anak sorng pun baru terfikir nak update, jika dulu puan wife yg update sekarang izinkan en asben pulak take over okeh...!

Kisah cinta kami bermula pada tahun 2009 iaitu tahun pertama pn wife mendaftar sebagai pelajar integrasi di Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Pada sapa yang tak tau integrasi tu mcm mana, ia bermksud pelajar dari sijil politeknik yang dapat keputsan cemerlang dan boleh sambung terus ke diploma tanpa tunggu konvo selesai. Pengajian hanya tambah lagi 1 tahun. Bagus kan Politeknik? Ok sambung cerita tahun 2009, diizinkan Allah pn wife pun ditempatkan di dalam class aku. Pada masa tu memang kewujudan dia tak diperasan pun sebab dia duduk di belakang, maklum lah budak baru kan. Aku plak lambat ke class pada hari tu, sampai terus duduk mana lah nak perasan.

Cerita ada awek cun baru masuk class memang dah bergema di kalangan kawan yg lain. Ramai lah yang cuba usha dia tapi tak termasuk aku sebab tak terasa nak usha mungkin, dan malas nak bersaing dengan yg lain tengah usha dia. Pn wife nampaknya bukan lah jenis yang melayan lelki yg sibok usha dia dan dia pun bagi tau dia dah bertunang, maka ramailah lelaki tadi kecewa dan tidak termasuk aku sebab aku usha dia. Heheheheh. Bila dah dikatakan jodoh itu lah jodoh, jauh dan jarak macamna pun ia tetap akan datang pada kita. Ditakdirkan lagi dia rapat dengan abg mael housemate aku sebab banyak group dan asgmnt dengan abg mael sebab tu mereka lebih rapat. Malam kami berjumpa secara dekat buat pertama kalinya adalah pada malam nak ke class MUET. Budak baru, mana nak tau flow-flow kat tempat baru kan? Jadi dia nak tumpang abg mael ke class sedangkan kereta ialah kereta aku, dia ingatkan kereta yg dia naik adalah kereta abg mael tapi aku yang bawak. It's ok, sebab itulah titik pertemuan pertama secara rapat. Dari situ lah mula bertegur sapa, dan dari situ kami mula rapat dan akhirnya bercinta.

Macamna dia boleh jatuh hati dengan aku tak tau lah sedang kan yg usha dia sebelum ni bukan calang-calang lelki, masing-masing ada kelbihan sendiri, itu lah dinamkan JODOH.

Habis pasal throwback,

Sekarang kami dah pun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 7/12/12 dan kami namakan anak cinta made in KRABI kami dengan nama MUHAMMAD FAYYADH AISY DARWISY. Punyalah lama kami tk update sehinggakan sekarang umur Darwisy dah pun 2 tahun 3bulan beserta seorang lagi didalam perut pn wife yang dah berusia 2bulan. Nampak tak berapa lamanye tak update? Sekarang inilah keluarga dan kisah cinta kami, cinta yang datang bukan semuanya dirancang dan jika dah jodoh pasti berkekalan.


Sunday, January 1, 2012

bye 2011.. hi 2012.. ^_____^



me & my syg ucapkn selamat tahun baru..

◕▄███▄◕──◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄
◕▀──██◕─◕██──██◕───◕██◕─◕▀──██
◕──██◕──◕██──██◕───◕██◕─◕──██◕
◕─██◕───◕██──██◕───◕██◕─◕─██◕
◕█████◕──◕▀██▀◕───◕▄██▄◕◕█████

semoga azam tahun 2011 da tercapai..
bersedia untuk gapai azam 2012 plak..
insyaAllah..
ape azam tahun baru ye..
manyak sgt..
kna la wat wishlist nmpknye..

tq to en tunang krn menceriakan hari2 sy..
semoga hidup kami bertambah warna warni selepas ni..
cm rainbow.. i loike..
credit to my syg..
cinta kamu smpy syurga..♥♥


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, December 9, 2011

cari bekas hantaran kat NILAI smpy lebam..


minggu lepas ak ngn en tung..
bersama bakal mak dan bapak mertua g nilai..
cr brg2 untuk wat bekas hantaran..
ak suka buat sdr..
masa tung dlu pn ak wat sdr..
masa nikah ni pn ak nk wat sdr gk..
puas aty, dan mengikut citarasa.. hehe..
shopping punya shopping..
beli la bekas untuk berkat tetamu skali..
skali smpy xmuat bonet kete..
2 kira da besar la kete bakal bapak mertua ak..
cherry easter..
xmuat gk..duduk la ktorg berhimpit2..
pasni ak nasihatkn bawak hilux..
bru muat kot..
penat nye xpyh ckp la kn.. 2 hari bru hilang penat..




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, November 30, 2011

jom beli rumah


jom beli rumah memaparkan kisah,
ak ngn en tunang yg sebok cr rumah utk dibeli..
bermula dr kwn2 en tunang yg da beli rumah..
dy pn terus terasa nk beli la kn..
ok gk.. beli rumah muda2..
tua2 byk duit beli lg.. hehe..
ktorg pn memulakan la journey utk mencari rumah..
penat kot.. pas satu rumah satu rumah ktorg tgk..
tp best, lokasi kejadian sekitar bndr seremban..
da ade yg berkenan dihati..
tp xpe.. relax dlu..
nk cr lg.. kot nnt booking rugi plak klu jmpa yg lg cntek dan harga lg best..
pencarian masih diteruskn..
nnt smbg lg.. selamat mlm readers..
ade ke org bc blog nih.. haha..
kompom la ade.. en tunang kn pembaca setia sy..




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, November 18, 2011

♥♥ hantaran oh hantaran ♥♥






ada 3 bulan lbh je lg nih..
exited la plak kn..
tp brg hantaran pn xabis beli lg..
bru beli perfume laki ngn pompuan..
dan jugak jam utk pihak lelaki..
almaklum la pihak pompuan xsuka pkay jam..
byk lg bnda yg lum beli..
fenin lalat la plak rasanye.. hehe..
slow2 la ye.. sempat la 2..
nnt smbg beli lagi..



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Thursday, November 10, 2011

design kad kahwin ♥♥



da siap pn ak design kad kawin ktorg..
da siap ni kn, jmpa plak la kad kawin design kartun..
cantek la plak..
cm nk tempah yg 2 pong ade..
nk kna tnye en tunang dlu la nmpknye..
dy nk ke x kn..
tp ak mmg da sgt2 tertarik ngn kad tersebut..
byk sgt design cantek2.. bestnya..





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Friday, October 21, 2011

✿✿ memilih design baju pengantin ✿✿












sejak dua menjak ni ak suka la search design baju nikah ak nnt..
tp bila da byk sgt design yg ak tgk da jd rambang mata la plak nk memilih..
xtaw nk pilih design yg cmne..
tp baju nikah standard la kn..
mesti warna putih nye..
tp xtaw la nk mix ngn kaler len x..
cm xbest je warna putih shj kn..
nnt majlis resepsi putih gold..
putih lg..
ape kata nikah ni putih cmpur kaler len plak..
tp kaler ape ye..
time amik gmbr outdoor plak kaler grey..
bape pasang baju la plak kn..
xpyh byk2 la..
xlarat nk tukar baju..
kompem penat punya la..
time amik gmbr outdoor tunang dlu pn da penat..
kawin ni nk tukar byk2 baju plak..
lg la penat kn..
kompem blk tdo smpy ke pg la jwbnye..


✿✿ pakej lengkap ✿✿








cantek kn pelamin kat atas 2.. tp sekadar gambar hiasan je la..
sbb nye harga nye pong mahal seperti crite fairy tales..
nk diceritakn nye mggu lepas en tunang keje half day..
ktorg pn pegi la ke butik pengantin,
yg telah dipilih oleh ak..
dan kami pun da buat appointment ngn akak 2..
pada mula nye nk tempah mekap je..
sbb akak 2 mekap cantek sgt..
ak sgt suka dan teruja la tgk hasil keje akak 2.. mmg berbaloi2 la kn..
ktorg ni pn pg la ke lokasi..
disebabkn xtaw jalan pkay la GARMIN yg sgt cerdik..
jalan2 punya jalan, berbelit2 GARMIN 2 bawak..
ikot kn je la, akhirnye smpy jgk..
bijak en GARMIN.. blaja skolah mn dlu? ekekeke!!!!!
bila da smpy 2 kami booking mekap je la dlu..
pas2 tgk baju2 dy..
leh tahan la, harga pn berpatutan..
tgk pelamin pong ok..
suami akak 2 plak photographer..
mmg ok sgt la 2.. selepas berbincang kami setuju untuk amik keseluruhan pakej ngn akak 2..
kira pakej lengkap la kn..
senang.. xpyh nk susah2 mencari2 lg..
jd kami pn booking la mekap, baju, pelamin, walk away utk dewan dan photoshop sekali ngn akak 2 taw.. teka bape harga? jeng3!! sgt berbaloi2..
cantek.murah.berkualiti.
chewahh.. cm slogan la plak..
ape pong syukur sgt sbb da hampir 50% in progress..
Alhamdulillah.. tq Allah..
semoga Allah permudahkan segala urusan kami..
insyaAllah..
Amin..

Monday, October 3, 2011

my extra ordinary love.. ♥♥

















just picta can tell da story.. ♥♥




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

♥♥ save the date.. ♥♥


semalam pd 02 oct 2011..
family aku dan family dy telah duduk berbincang tentang tarikh perkahwinan kami..
tarikh nya ialah, jeng3.. mn leh bgtaw..
tggu la ak upload kad eh..
nnt xsuprise plak..
tp, setelah tarikh dipilih..
penat la plak nk mengaturkn persiapan dan mencari pakej2 yg menarik..
esok nk g tempah dewan..
lusa nk g tgk catering..
mggu depan jmpa juru mekap..
bulan depan jmpa juru gambar dan bla, bla, bla, bla, bla..
penat la plak jari ni menaip..
nnt aku post dilaen hari la pulak..
salam dan selamat malam.. ✿✿

✿✿ cerita cinta sambungan ✿✿











alamak.. lupa la plak, sblm tunang mesti la merisik dlu..
tarikh: 01 mei 2011
love fq afiq ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿ infinity..

♥♥



✿✿ cerita cinta ✿✿


da lama, tp bru rasa nk upload..
sbb tetiba je rasa nk wat blog ni sbgai blog persiapan utk wedding aku nnt..
mn la taw, da tua kerepot nnt..
da lupa plak jalan crite nk bgtaw cucu..
suh je la dorg tgk sendiri kat blog ak nih..
hahahaha..
bapak canggih la nenek ko nih cu..
ni nenek nk crite, tyme ni nenek bertunang ngn atuk korg la..
tarikh dy 28hb mei 2011..
nk taw lbh lnjut lg korg pg la tnye atuk korg 2..
tp 2 pong klu atuk korg ingt la..
setahu nenek, atuk kamu 2 lg pelupa dr nenek..
kot dy da upgrade memori 1 tera xtaw la plak..

upsss.. ape la yg aku merapu mlm buta nih.. bluwekkk!!!!!
tp kn cucu atuk kamu best.. sweet sgt.. ♥♥




Saturday, August 27, 2011

raya datang lagi.. ✿✿



hari raya tggal 3hr lg..
mood raya sgt2 xsabo..
plus teruja xterkata..
pat beraya ngn org tersayang..
cepat la selasa.. nk raya..
hehe..
dan last but not least..
ak ucapkan selamat hari raya kpd semua blogger sekalian..
tema raya tahun ni ungu..
korg plak cmne?
ok la.. maaf zahir dan batin..
nk out dlu.. nk g menggentel kueh raya plak..




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?f74e7de02c610acbb64c8b42a4e7e14d

Saturday, December 18, 2010

Gulliver's Travels

nk tgk Gulliver's Travels.. yeshhhh..
sure nk tgk..
sape nk ikot?
sgt best crite nih..
xcaye, layansss trailer dibawah:




filem aku masih dara.. nk tgk ke x ye..


org ckp filem nih lebih kurang crite syurga cinta je..
beza nya, yg 2 lelaki yg sesat..
dlm crite nih plak, pmpn yg sesat..
jalan crite hampir sama..
sbb nnt ad hero yg dtg sedarkn dorg utk pulang kepangkal jalan..
same ngn syurga cinta gk..
bezanya watak pmpn yg sedarkan lelaki tersebut..
nk g tgk ke x..
cm lebih kurang je..
nih yg malas, wat la crite len sket..
asyik same je jalan crite..
nnt org nk tgk pn malas..
tp ak tetap g tgk kot..
sbb ad Farid Kamil..
nasib baik amik Farid Kamil jd pelakon..
klu x, mmg malas la nk g tgk.. hehe..


sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.


sumber : Senima Malaysia..

Saturday, December 4, 2010

Lu langsi Lu mati

lama sudah ak xupdate blog..
da bersarang blog ak neyh..
nk cuci jap.. hehe..

nk kongsi cerita ngn korg tentang cerita terbaru yg best..
tajuk dy KONGSI..
dan bakal meletop kat pawagam pada FEB 2011..
crite dari Farid Kamil..
xsilap ak, nih la crite ke2 dr dy..
dlu crite v3 Samseng Jalanan..

ak nih mmg minat sgt kat dy nih..
xpenah miss crite2 dy..
xbest pn tgk gk.. hahahha..
tp keseluruhannye klu FK blakon kompem best..
klu xbest 2 sbb jalan crite dy simple / pelakon len yg spoil.. keh3!!!!!
minat yg terlampau la plak kat FK an2..


Trailer Kongsi.. layannnnnn......


Tuesday, October 5, 2010

TA CHI NYONYA HOUSE MALACCA


smlm ak ngn budak umah ak "zila", pegi mam kat satu restoran nyonya..
lokasi MELAKA..
HALAL ok..
ad cop HALAL JAKIM lg..
perrggghhhhh.........
mmg sdap la ..
korg yg baca entry ak nih wajib singgah kday nih taw..
mmg xmenyesal la..
harga dy standard la..
tp bg yg xberkemampuan 2 mesti rasa mahal sket la..
tp sgt2 sedap..
mmg berbaloi2..
ak ad try beberapa menu..
menu 1st adalah cendol gula melaka..
harga RM2.90..
sgt2 sedap..gula melaka dy wat sdr..
ak xpenah mam cendol sesedap 2 la..
siyes ak ckp..
smpy licin cendol 2 xsempat nk snap gmbr..
after that mam plak cheesy omelette..
harga RM5.80..
roti dy,sgt2 lembut..
telur dy,chesse dy,mayo dy..mmg jelas terasa sedapnya la..
pas2 minum plak passionfruit mijitopm..
harga RM6.90..
mak aih..manyak syok ma air dy..
rasa pudina yg menyegarkan..
then mam plak nyonnya mee siam..
harga RM3.90..
berbaloi2..murah dan sedap..
super duper sedap la..
rugi klu tak cuba..
balik umah plak..
kwn ak yg bernama "ejan" tapau laksa lemak..
sedap sgt2,smpy xterkata..
harga RM8.90..
sgt2 sedap la..
suma cukup rasa..
skg ak da try 5 jenis mknan dy..
ak bercita-cita nk try suma mknan yg ad lepas nih..
cm program JJCM plak entry ak this time.. hahahhaha..
tp ap2 pn conclussion nya ak bg 5 bintang..


Friday, September 3, 2010

✿✿ ucapan hari raya utk suma blogger ✿✿


xlama da nk raya..
ad seminggu je lg..
persiapan raya suma da completed..
korg plak cmne?
cm nk post picta baju raya dan suma kelengkapan raya..
tp, nnt xbest la..
post lepas raya je la..hehe..
apa pn, princessfq nk ucapkn selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
nk pantun raya x?
2 kat kad di atas 2 da ad..
baca la ye..
princessfq bwat sendiri je..
selamat hari raya utk suma blogger..
xlupa jgk utk suma family dan yg spesel utk
my cyg fq ♥♥
maaf zahir dan batin..
maap la ye suma warna ijau..
sbb tema raya ktorg taun ni warna ijau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...